JITRA- Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas motosikal dinaiki terlanggar pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Muda Kuari, Tunjang malam ini. Jurucakap bomba Kedah berkata, mangsa yang meninggal dunia berusia 48 tahun manakala lelaki yang cedera berumur 35 tahun. Menurutnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan pada jam 8.56 malam. "Terdapat ...

SUNGAI PETANI- Mayat lelaki ditemukan terapung berhampiran Sungai Muda di Kampung Jawa Tikam Batu, hari ini. Jurucakap bomba berkata, Balai Bomba Penyelamat (BBP) Malaysia Tikam Batu mendapat panggilan berhubung kejadian pada jam 6.25 petang. "Mayat dapat dilihat dari tebing dan dinaikkan pada jam 7.37 malam dengan bantuan bot nelayan,"katanya. Katanya, mangsa yang tidak dapat dipastikan umurnya telah diserahkan kepada pihak ...

SANDAKAN-Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui selaras senapang buatan sendiri (bakakuk) bersama tiga butir peluru dalam sebuah bot. Senjata api itu ditemui dalam sebuah bot tidak berdaftar di kawasan Sungai Beluran di sini kelmarin. Pengarah Zon APMM Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, bot berkenaan didapati dalam keadaan mencurigakan dari arah laut ke pekan Beluran. "Dalam kejadian pukul 11.06 ...

CHANGLUN- Seorang warga emas parah akibat kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kampung Padang Halban di sini hari ini. Jurucakap bomba Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.00 pagi. Menurutnya, sejurus tiba di lokasi, pihak bomba mendapati seorang lelaki berusia 64 tahun parah di bahagian badan akibat tersepit. "Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Perodua Kancil ...

YAN-Seorang warga emas cedera akibat dilanggar lari dalam satu kejadian di hadapan kolej Komuniti Guar Cempedak hari ini. Kejadian jam 9.30 pagi itu menyebabkan Ahmad Shaperi Jaafar,66, dari Kampung Batas Ubi Dalam Yan cedera di bahagian kanan tangan, bahu, lutut dan buku lali. Difahamkan, ketika tiba di lokasi mangsa bergesel dengan sebuah kereta Proton Waja yang datang dari arah belakang ...

KLUANG- Empat jari seoarang anggota tentera "melayang" gara-gara bermain mercun bola di Kampung Muhibbah du Paloh di sini. Memetik Harian Metro online, kejadian berlaku pada 16 Mei lalu pada jam 10 malam membabitkan mangsa berumur 40 tahun. Mangsa dilaporkan terkena letupan di bahagian pergelangan tangan akibat letupan mercun itu mengakibatkan hilang jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan kelingking. Mangsa ...

SERDANG- Mayat lelaki berusia 55 tahun ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah berkunci di Kampung Jermai Sungai Taka hari ini. Jurucakap bomba Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1.05 petang. "Mangsa lelaki berumur 55 tahun didapati tidak sedarkan diri, maklumat dari jiran mangsa dilihat pada pagi tadi. "Tindakan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang telah membuka pintu ...

SUNGAI PETANI- Seorang lelaki parah selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke bahu jalan dan terbakar. Kejadian berlaku di Kilometer (KM) 104, Lebuhraya utara selatan, arah selatan Sungai Petani, malam tadi. Jurucakap bomba Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 10.05 malam. "Makluman dari Komander Operasi terdapat seorang mangsa lelaki anggaran umur dalam lingkungan 40 tahun. "Mangsa mengalami kecederaan parah ...

KUALA LUMPUR-Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menuntut pemandu mabuk yang melanggar mati Koperal Safwan Muhammad Ismail,31, dikenakan hukuman paling maksimum. Abdul Hamid berkata, lelaki itu hasil siasatan pihaknya didapati cuai dan berada dalam pengaruh alkohol. "Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemandu berkenaan dan saya berharap dia akan dikenakan hukuman maksimum atas perbuatannya sebagai pengajaran supaya tidak berulang ...

KENINGAU- Wanita Indonesia ditemui meninggal dunia oleh orang awam di kuarters kilang di Jalan Ulu Patikang semalam. Mangsa berusia 45 tahun ditemui dengan keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman di badan. Wanita malang itu ditemui pada jam 2.30 pagi dalam keadaan terbaring di pintu masuk ke rumahnya, lapor Sabah News Today (SNT). Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahudin Mat ...