SHAH ALAM- Bukan sahaja bekerja tanpa permit sah, malah menjadi tokey besar hasil menceroboh tanah rizab kerajaan bagi mengusahakan ladang sayur haram. Tidak cukup dengan itu, lelaki Bangladesh berkenaan juga dikenali sebagai "Godfather ‘Bangla’ Bukit Beruntung" hasil daripada pelbagai kegiatan jenayah. Bagaimanapun, tindakan tegas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menahan serta mengusir lelaki itu ke negara asal. JIM dalam satu ...

GELANG PATAH - 19 JULAI 2020 - Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah berjaya mengesan 110 unit kontena berstatus transhipment di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor yang didapati mengandungi bahan buangan debu electric arc furnace (EAF) yang berasal dari Romania sebelum dihantar ke negara pengimport iaitu Indonesia. Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim ...

KUALA LUMPUR-Individu atau kumpulan yang membakar anak kucing sehingga mati, disyaki berlaku di negara ini sedang diburu Persatuan Haiwan Malaysia dengan nilai lumayan berjumlah RM10,000. Nilai ganjaran terbaru itu dinaikkan daripada tawaran berjumlah RM3,000 sebelum ini. "Animal Malaysia (Persatuan Haiwan Malaysia) dapat maklumat tidak lengkap dengan mengatakan kejadian berlaku di Pahang. Namun butiran tidak disertakan untuk siasatan seterusnya,"kata kenyataan itu ...

KLANG - 15 JULAI 2020: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor telah berjaya mengesan dan menyita tapak haram pembuangan sisa toksik dan bahan terjadual berbahaya. Menteri Alam Sekitar, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tapak berkenaan dipercayai telah beroperasi lebih 3 bulan yang lalu iaitu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan. Menurutnya, serbuan dilakukan hasil risikan dan intipan yang dijalankan ...

KUALA KETIL- Seorang lelaki bertindak mencuri wang dalam dua tabung di Masjid Madinatul Ilmi Kuala Ketil, jam 6.35 petang semalam. Jemaah, Rahman Hashim,49, berkata, kejadian disedari jemaah ketika waktu Maghrib pada hari kejadian apabila melihat kunci mangga tabung berkenaan dipotong. "Hasil rakaman kamera litar tertutup jelas menunjukkan seorang lelaki memotong kunci mangga tabung menggunakan 'cutter' sebelum mencuri wang didalamnya,"katanya kepada ...

KUALA PERLIS- Sebanyak 30 unit bubu naga (bubu kambang) dirampas Agensi penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) di tiga lokasi hari ini. Semua bubu itu dikesan pada kedudukan 0.79 batu nautika, 0.84 batu nautika dan 1.0 batu nautika di barat daya Kuala Sanglang pada jam 9.30 pagi hingga 10.45 pagi tadi. Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie Paing berkata, ...

KOTA TINGGI 2 Julai- Tentera menahan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang cuba meloloskan diri dari negara ini menggunakan jalan laut dalam satu operasi pada jam 10.30 malam. Mereka yang ditahan terdiri daripada 24 warga Indonesia dengan tiga daripadanya adalah wanita serta seorang lelaki tempatan yang menjadi tekong. Semua Pati berkenaan dipercayai ingin pulang semula ke Indonesia. Cubaan meloloskan ...

BACHOK- Tiga lagi mangsa bot kelas A TRF 641 yang terbalik di perairan Bachok Kelantan sedang giat dikesan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritin Malaysia (APMM), hari ini. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu melibatkan sebuah pesawat Bombardier CL 415MP, dan bot Maritim iaitu Bot Penyelamat 7, Penggalang 18, Kilat 27 dan 28. Timbalan Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim, Leftenan ...

TANJUNG MANIS- Sebuah bot nelayan asing termasuk enam warga Indonesia yang menjalankan aktiviti menangkap ikan tanpa kebenaran dalam perairan negeri Sarawak ditahan. Pengarah APMM Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, bot itu ditahan menerusi operasi yang dijalankan di perairan negeri Sarawak pada 26 Jun yang lalu. "Sebuah bot nelayan asing dikesan menjalankan aktiviti menangkap ikan pada jarak ...

PETALING JAYA- Pendatang asing tanpa izin (PATI) terus digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan kali ini melibatkan 12 warga India termasuk Bangladesh. Dalam serbuan jam 12 tengah hari semalam, JIM dengan kekuatan 31 pegawai menggempur sebuah stesen minyak yang mempunyai kiosk makanan dan juga pusat cuci kereta. Ketua Pengarah JIM, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, enam warga India dan ...