Cabaran murid autisme, guru perlu “mengalah”

Siri 2 ( Cabaran warga pendidik murid pendidikan khas)

ALOR SETAR-Autisme atau autism spectrum disorder (ASD) merupakan gangguan perkembangan saraf.

Ia menjejaskan perkembangan bahasa dan kemampuan seorang anak untuk membesar dengan baik iaitu dalam aspek komunikasi, berinteraksi serta berperilaku.

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan (SK) Siong, Siti Rosni Ahmad berkata, bagi pelajar dalam kategori tersebut, tingkah laku mereka amat berbeza berbanding pelajar OKU lain.

“Murid autisme dengan cara dan dunia mereka sendiri. Murid dalam kategori ini akan melihat sesuatu berbeza pada seseorang yang dilihatnya.

“Contohnya dia dia menyebut, eh cikgu jadi ultramanlah, cikgu besarlah..cikgu warna merah. Itu perkara biasa kerana mereka dalam dunia mereka,”katanya.

Rosni berkata, bahkan murid autisme dapat menukar situasi sedang dihadapi dengan sekelip mata melalui “dunia” mereka.

Artikel berkaitan:

http://rentas7.com/cabaran-guru-pendidik-murid-pendidikan-khas/

“Contohnya dalam kelas ada murid autisme yang berasa panas. Tetapi apabila dia melukis gambar penghawa dingin di kertas lukisan, reaksinya berubah.

“Murid itu mengatakan sejuk dan dia seperti betul-betul berada dalam bilik yang berhawa dingin. Bila berdepan gelagat seperti itu, guru perlu bijak melayani karenah mereka.

Rosni menyuap makanan kepada murid-murid pendidikan khas

“Kita perlu berlakon seoalah-olah bilik itu sememangnya sejuk walaupun ia sebaliknya. Ia bagi mengelakkan murid memberontak,”katanya.

Cederakan diri sendiri, orang lain

Rosni berkata, sikap anak-anak autisme amat agresif yang mampu mencederakan diri sendiri dan orang lain.

Disebabkan itu katanya, menjadi cabaran amat sukar buat para guru mengawal mereka.

“Jika kita gagal kawal, mereka mampu bertindak agresif seperti menggigit orang lai dan cederakan diri sendiri.

“Kebanyakannya, mereka mencederakan diri sendiri. Hal ini berlaku atas beberapa faktor. Antaranya kita memarahi atau menyekat apa-apa tindakan atau perbuatan yang mereka suka.

Murid autisme akan bertindak agresif sekiranya kita gagal mengawal mereka

“Justeru untuk pastikan murid dapat dikawal, kita ikut sahaja kehendak mereka.

“Tetapi ada saja situasi tertentu yang murid austisme sengaja “main-main” dengan guru.

“Contohnya ada murid berkenaan mahu bermain talefon bimbit guru. Jadi sebelum benarkan, kita minta murid siapkan tugasan terlebih dahulu.

Rosni mengawasi anak murid autisme ketika mengambil wuduk

“Hasilnya, tugasan itu dapat diselesaikan dengan baik. Ini kerana, murid faham jika tugasan tidak disiapkan dia tidak akan dapat talefon bimbit itu,”katanya.

Perlu keadaan yang tenteram

Rosni berkata, murid-murid autisme memerlukan suasana yang tenang bagi mengelakkan mereka bertindak di luar kawalan.

“Kerana itu di sekolah disediakan bilik terapi yang dilengkapi lampu-lampu khas. Nak kawal tingkah laku, murid akan dimasukkan dalam bilik itu.

“Murid-murid autisme tidak sukakan perkara yang lasak seperti bersukan. Ia berbeza dengan murid hyperaktif,”katanya.

Rentas7.com

Bersambung pada siri akan datang (13 Mei/ Rabu akan datang)

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.