10 sumpah keramat PUTRA

SUNGAI PETANI– Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menyenaraikan 10 tuntutan yang akan dilaksanakan sekiranya berkuasa kelak.

10 perkara itu terkandung dalam Pemasyhuran Sumpah Keramat 10 Perkara Tuntutan Melayu Bumiputera.

Ketua PUTRA Bahagian Padang Serai, Hamzah Abdul Rahman berkata, perkara pertama ialah jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan jawatan utama Persekutuan mestilah diisi oleh orang Melayu.

“Jawatan-Jawatan utama seperti Peguam Negara, Hakim Negara..semua ini mestilah orang Melayu.

Hamzah kiri, Mustaffa (tengah) dalam Facebook Live hari ini

“Kita nak letak dalam Perlembagaan sebab (yang ada) sekarang ini terlalu longgar,”katanya dalam Facebook Live bersama Rentas7.com hari ini.

Menurutnya, PUTRA juga akan memperjuang dan memastikan undang-undang melindungi Islam dan Raja-Raja Melayu diwujudkan dan dinamakan Akta Menghina Islam dan Raja-Raja Melayu (Amir).

“Jika dahulu mereka hina kita tidak ada satu undang-undang khas..lihat saja sekarang dia hina Raja-Raja Melayu tetapi tiada undang-undang yang keras, sebab itu mereka berani sampai ke tahap itu.

“Ketiga PUTRA akan memperkukuhkan Islam sebagai Agama Persekutuan menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dengan memastikan RUU355 menjadi sebahagian undang-undang di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Keempat, kita nak letak satu sahaja aliran pendidikan kebangsaan, tiada lagi sekolah vernakular,”katanya.

Beliau berkata, seterusnya PUTRA mahu meminda Akta Bahasa Kebangsaan bagi mendakwa mana-mana pihak yang tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dalam urusan rasmi kerajaan.

“Tuntutan lain ialah tanah rizab Melayu akan dikembalikan pada status asal sebanyak 50 peratus, mempertahankan identiti Bumiputera dan bukan Bumiputera terus dikekalkan.

“Selain itu PUTRA mahu diwujudkan Suruhanjaya Diraja Kewarganegaraan serta mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tanpa bicara orang yang disyaki rasuah selama 30 hari untuk tujuan siasatan,”katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penyelaras PUTRA Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, penubuhan PUTRA bukan bertujuan memecahkan bangsa Melayu di negara ini, sebaliknya ia lahir dari kesedaran membela nasib Bumiputera yang

“PUTRA dilahirkan pada 8 Mei 2019 di mana di kala itu Melayu sedang dihina, kedudukan agama Islam dicabar dan ketuanan bangsa Melayu diperlekehkan.

“Di masa itulah PUTRA mula wujud. Ia dilahir dan diilhamkan oleh Datuk Paduka Presiden Ibrahim Ali bagi membangun dan mengembalikan maruah bangsa Melayu di negara ini,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.